PRU15: BN bahaya jika berterusan diserang - Utusan Malaysia

PRU15: BN bahaya jika berterusan diserang

Dr.Awang Azman Awang Pawi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Barisan Nasional (BN) akan tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) jika serangan Pakatan Harapan (PH) berterusan.

Menurut penganalisis politik Universiti Malaya Profesor Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi, kenyataan presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan PRU harus disegerakan atau UMNO BN akan kalah adalah berdasarkan realiti semasa landskap politik negara.

Awang Pawi berkata, BN kini hanya bergantung kepada perpecahan dalam gabungan pembangkang untuk membolehkannya memenangi PRU 15.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika ini serangan PH ber­tubi-tubi dan jika ini berterusan BN akan tewas oleh serangan politik persepsi yang dimainkan oleh pembangkang” kata Awang Azman.

Beliau turut sependapat de­ngan kenyataan Ahmad Zahid ba­hawa tindakan melengah PRU15 akan memberi peluang kepada parti lawan terus menye­rang UMNO dan BN.

“Apabila ruang berunding dan bekerjasama sesama pem­bangkang pula semakin terbuka dan kesatuan pembangkang di­jang­ka menjadi lebih baik de­ngan adanya masa yang panjang ini,” tambahnya.

Mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa sukar untuk mempercepatkan PRU15 dise­babkan terlalu ba­nyak masalah negara dan rakyat belum diselesaikan, Awang Az­man berkata: “Kelembapan eko­nomi du­nia adalah situasi yang tidak ada jaminan mutlak dapat di­selesaikan kerana ia merupakan isu global yang me­landa seluruh dunia sekarang.

“Malah kemungkinan situasi menjadi lebih teruk pada masa akan datang juga tidak dapat dielakkan.”

Beliau juga tidak menjangka keputusan mahkamah berhu­bung kes bekas Perdana Menteri Da­tuk Seri Najib Tun Razak serta kes mahkamah Ah­mad Zahid akan menjejaskan peluang BN untuk menang dalam PRU 15.“

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Johor dan Sa­rawak, isu-isu rakyat dan juga kes mahkamah dan skandal Na­jib dan Ahmad Zahid serta pemimpin UMNO lain tiada impak ketara.

“Ini bermakna ia sekadar ko­cakan dalam cawan dan tidak akan memberi impak yang ke­tara, malah ia tidak akan men­jejaskan peluang Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam PRU 15,” katanya.

Beliau juga berpendapat skan­dal terbaharu berhubung ka­pal tempur pesisir (LCS) tidak akan menjejaskan peluang ke­rajaan UMNO-BN selagi tidak ada keputusan sabitan mahkamah dilakukan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×