PRU15: Ahmad Shabery undur diri, buka laluan muka baharu - Utusan Malaysia

PRU15: Ahmad Shabery undur diri, buka laluan muka baharu

AHMAD SHABERY CHEEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meluahkan untuk  mengundur diri  daripada politik  dengan memberi laluan kepada calon muka baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Bekas Ahli Parlimen Kemaman itu berkata, keputusan itu diambil bagi memberi peluang kepada individu lain yang berwibawa untuk berkhidmat kepada rakyat. 

“Secara prinsip, saya suka melihat wajah-wajah baharu menjadi sebahagian daripada penjenamaan Barisan Nasional (BN)  dalam PRU akan datang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Ahmad Shabery berkata, beliau yakin pucuk pimpinan mempunyai formula terbaik dalam memilih calon termasuk di Parlimen Kemaman.

“Saya juga bersedia menawarkan khidmat serta pengalaman untuk membantu calon BN memperoleh kemenangan,” ujarnya. 

Sebelum ini, akhbar melaporkan Ahmad Shabery menafikan beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik dan bakal  dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu sekiranya  BN  berjaya merampas negeri itu dalam PRU15.

Pada PRU14, Ahmad Shabery  tumpas di Parlimen Kemaman kepada calon Pas, Che Alias Abdul Hamid dengan majoriti 2,162 undi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya