Polis buru dalang samun pemegang cip bernilai lebih RM4 juta 

Polis buru dalang samun pemegang cip bernilai lebih RM4 juta 

TAN CHENG SAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Polis masih memburu seorang lelaki yang dipercayai menjadi dalang kegiatan samun melibatkan sejumlah barangan elektronik iaitu pemegang cip dalam sebuah stor di sebuah kilang di Bukit Tengah, di sini 5 Julai lepas.

Lelaki terbabit dipercayai bersama sekumpulan lelaki lain sebelum itu memecah masuk stor tersebut sebelum melarikan 16 kotak yang mengandungi pemegang cip berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, dua pengawal keselamatan yang ditugaskan menjaga stor terbabit telah diikat oleh kesemua suspek.

Kumpulan lelaki berkenaan kemudian melarikan kotak-kotak berisi pemegang cip tersebut yang dianggarkan bernilai lebih RM4 juta dengan sebuah lori.

Mengesahkan kejadian tersebut, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, tujuh lelaki berusia antara 24 hingga 60 tahun bersama dua pengawal keselamatan itu kemudian ditahan pada hari sama untuk soal siasat.

Bagaimanapun katanya, kesemua yang ditahan itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Mengulas lanjut, tambah Cheng San, suspek utama iaitu lelaki berusia sekitar 30-an itu dipercayai telah membawa lari kesemua pemegang cip berkenaan dan polis tidak menolak kemungkinan ia telah dijual untuk pasaran luar negara.

“Daripada tujuh individu yang ditahan itu, polis turut menahan seorang pekerja di kilang yang sama kerana dipercayai terlibat dalam kejadian samun tersebut. 

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan dalang utama kumpulan tersebut iaitu lelaki yang telah dikenal pasti, ” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun secara berkumpulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN