KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang memenangi tajaan beras basmathi jenama Beras Era Sultan Basmathi selama setahun menerusi peraduan SULTANXRodeo, Tangkap dan Menang yang bermula sejak 15 Ogos sehingga 15 November ini.
Bagi menyertainya orang ramai hanya perlu Like dan Follow EraFoodsMY di Facebook dan Instagram seterusnya merakam gambar kenderaan tertera pelekat SULTANXRodeo dan #eramerdeka25 dan memuat naik gambar tersebut di media sosial masing-masing.
Setiap gambar perlu ditag @EraFoodsMY dan diletakkan tanda pagar #BasmathiUntukSemua #EraMerdeka65.
Ketua Bahagian Penjenamaan dan Pembangunan Produk Bernas, Mohammad Farhan Hafetz berkata, sepanjang tempoh peraduan itu, sebanyak 95 buah kenderaan akan mengelilingi Semenanjung bagi membolehkan lebih ramai individu merakam gambar dan menghantar penyertaan masing-masing.
Menurut beliau, pemenang yang terpilih akan menerima bekalan beras basmathi seberat lima kilogram selama setahun.
“Setiap bulan Beras Era akan memilih 10 pemenang dan pemenang akan membawa pulang beras Era Sultan Basmathi seberat lima kilogram selama setahun,” kata beliau ketika ditemui pada Program SULTANXRodeo Nasi Lemak Percuma sempena sambutan Bulan Kemerdekaan di Taman Tasik Titiwangsa di sini kelmarin.
Beras
Menurut beliau, Beras Era Sultan Basmathi yang berhantar RM25 hingga RM35 bagi berat lima kilogram itu adalah produk baharu keluaran syarikat Era Foods MY (Beras Era) yang memberi peluang kepada orang ramai membeli beras basmathi pada harga berpatutan.
Kata Farhan, beras basmathi keluaran Beras Era setanding dengan jenama terkenal lain selain kadar gula rendah yang sesuai untuk pesakit diabetes.
“Beras Era Sultan Basmathi ini turut kaya dengan vitamin dan mineral semula jadi serta sangat berkhasiat sesuai dijamu seisi keluarga,” katanya.
Berikutan itu, orang ramai dialu-alukan mencuba membeli beras basmathi sekali gus berpeluang memenangi hadiah bekalan beras basmathi selama setahun melalui peraduan SULTANXRodeo, Tangkap dan Menang.
Sementara itu, orang ramai yang ditemui pada program SULTANXRodeo Nasi Lemak Percuma memaklumkan nasi lemak yang dimasak menggunakan Beras Era Sultan Basmathi Sultan lebih enak dengan rasa yang unik.
Seorang pengunjung, Chua Soi Lek, 67, berkata, beras tersebut mempunyai tekstur yang lembut dan panjang serta rasanya setanding dengan jenama hebat beras lain.
Ain Safihah, 22, pula memberitahu, beras basmathi tersebut mempunyai kelainannya yang tersendiri dan peluang mendapatkan beras basmathi mampu milik kini mudah dengan Beras Era.
“Sangat puas hati, saya akan cadangkan kepada keluarga untuk mula gunakan beras ini sebab dikatakan sangat berkhasiat dan berpatutan harganya” katanya. – UTUSAN










