HAKIKAT yang harus diterima Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) mahupun Gerakan Tanah Air (GTA) mengenai Parlimen Jasin adalah kerusi itu salah satu kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Melaka. Dengan rekod memenangi empat daripada lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, BN menerusi UMNO dijangka tidak berdepan masalah mempertahankannya buat kali ke-15. Namun persoalan yang timbul adalah siapakah calon yang bakal diketengahkan UMNO memandangkan penyandang kerusi selama tiga penggal, Datuk Seri Ahmad Hamzah mengumumkan ‘persaraan’ pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya