‘Pengkid’ pakai ihram jadi fitnah kepada agama - Idris - Utusan Malaysia

‘Pengkid’ pakai ihram jadi fitnah kepada agama – Idris

TANGKAP layar daripada media sosial mengenai isu seorang pengkid berpakaian ihram menunaikan umrah di Mekah baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tindakan seorang wanita yang didakwa mengerjakan ibadah umrah dengan mengenakan pakaian ihram lengkap seperti lelaki baru-baru ini mengundang fitnah kepada agama Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad turut menyifatkan tindakan individu terbabit sebagai tidak elok dan tiada untung.

IDRIS Ahmad (kanan) beramah mesra bersama Daie Muda selepas menyerahkan sijil penyertaan pada Program Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) di Putrajaya. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

“Ini juga hendak mempermainkan ibadah, benda kamu buat itu sunat, pergi umrah ini sunat tapi jangan lah awak hendak tunjuk viral benda begitu.

“Ini satu perkara yang menyakitkan hati orang dan memberikan fitnah kepada agama, tidak elok dan tiada untung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pelatih Akademi Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia 2022 di sini hari ini.

Ditanya sama ada terdapat sebarang implikasi terhadap negara akibat perbuatan individu terbabit, Idris berkata, tiada sebarang maklum balas daripada Kerajaan Arab Saudi yang diterimanya.

“Setakat ini yang saya berhubung (kerajaan Saudi), tiada,” katanya.

Pada 12 Ogos, media melaporkan tindakan tegas menanti kepulangan seorang wanita yang didakwa mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki.

Menurut Idris, beliau telah meminta bantuan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menyiasat bagi memastikan kesahihan isu yang sedang tular di media sosial itu, sebelum tindakan seterusnya dapat diambil.

Dalam perkembangan berlainan, Idris berkata, pihaknya mengarahkan agensi berkaitan untuk membuat laporan susulan kemunculan semula iklan dan tawaran Haji Furada bagi musim haji tahun hadapan di platform media sosial.

“Tadi saya dimaklumkan untuk haji tahun depan pun sudah ada keluar (tawaran) dan saya sudah arahkan untuk buat laporan.

“Sudah ada keluar tawaran-tawaran kena bayar katanya (tempat) terhad untuk 20 orang, dia masuk 10 nama dalam kumpulan WhatsApp.

“Dari segi pemasaran agak bijak, itu pun ada orang percaya,” katanya.

Idris juga tidak menolak kemungkinan orang ramai yang tertipu dengan tawaran tersebut beranggapan bahawa agensi pelancongan berkenaan benar-benar mahu membantu mereka mengerjakan ibadah haji.

“Saya yakin dan percaya orang yang nak pergi beribadah ini mereka anggap orang yang nak bawa pergi umrah ini juga orang baik-baik, ini yang menyebabkan mereka itu tertipu.

“Bagi saya ini sikap biadap (kerana) menipu orang nak pergi haji, merosakkan satu institusi perniagaan (sehingga) menyebabkan orang lain terpalit,” ujarnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya