Penghantar makanan maut rempuh lori kelapa - Utusan Malaysia

Penghantar makanan maut rempuh lori kelapa

REMUK motosikal mangsa yang maut selepas merempuh sebuah lori muatan kelapa di KM44 Jalan Klang - Teluk Intan di Kuala Selangor, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori bermuatan kelapa di Kilometer 44 Jalan Klang-Teluk Intan di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 4.33 petang itu mengakibatkan lelaki berusia 23 tahun berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati lori dipandu lelaki berusia 24 tahun dalam perjalanan menghantar bekalan kelapa dari Bagan Datuk, Perak ke Selayang.

“Setibanya di lokasi, pemandu itu dipercayai memperlahankan kenderaannya kerana menghampiri lampu isyarat. 

“Mangsa yang menunggang Yamaha 135 LC dari arah belakang dikatakan merempuh belakang lori tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, pelanggaran itu mengakibatkan mangsa terjatuh dan cedera parah lalu disahkan meninggal dunia.

Tambah Ramli, mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya