Pembentangan Bajet 2023 7 Oktober ini - PM - Utusan Malaysia

Pembentangan Bajet 2023 7 Oktober ini – PM

ISMAIL Sabri Yaakob menyempurnakan gimik perasmian Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia sambil disaksikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dan Pengerusi UDA, Datuk Norliza Abdul Rahim (kanan) sempena majlis pelancaran tersebut yang berlansung di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, hari ini. -UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Dulu zaman Pak Lah pun Bajet dibentang pada bulan September.” 

Demikian komen ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditemui di Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia yang berlangsung di Odeon Walk di sini hari ini. 

Beliau memberi respon itu selepas ditanya oleh pihak media berhubung pembentangan Belanjawan 2023 yang diawalkan. 

Memetik laporan akhbar, Mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan Belanjawan 2023 yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober akan dibentang tiga minggu lebih awal iaitu pada 7 Oktober ini. 

Perkara itu disahkan dan diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN