Pemandu 'gesel' kereta Tunku Idris disaman RM300 - Utusan Malaysia

Pemandu ‘gesel’ kereta Tunku Idris disaman RM300

KERETA milik Tunku Idris yang calar digesel sebuah kenderaan milik seorang pemandu Singapura di Jalan Serampang, 1 Ogos lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemandu kenderaan bernombor pendaftaran Singapura yang dikenal pasti ‘menggesel’ kereta milik Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim di Jalan Serampang, Taman Pelangi pada 1 Ogos lalu, dikenakan saman sebanyak RM300.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 62 tahun itu telah dipanggil ke Balai Polis Trafik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) JBS untuk diserahkan saman tersebut hari ini.

“Dia disaman mengikut Rule 10 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Dia kemudiannya terus bertindak menjelaskan saman sebanyak RM300 itu pada pukul 1.45 petang tadi,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Tambah Raub, saman dikeluarkan di bawah Rule 10 itu disebabkan kesalahan lalai mengawal pergerakan kenderaan dengan baik, iaitu saman boleh dikenakan maksimum RM300.

Pada 1 Ogos lalu, Tunku Idris berkongsi insiden kereta Honda miliknya dilanggar sebuah BMW ketika diletakkan di hadapan sebuah kedai roti di lokasi berkenaan.

Menerusi hantaran dalam Instagram , Tunku Idris turut berkongsi gambar bahagian keretanya yang calar dan gambar kereta yang melanggarnya, selain rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden itu.

Berdasarkan rakaman CCTV yang dikongsi, kejadian berlaku pada pukul 2.17 petang semasa pemandu BMW bernombor pendaftaran Singapura itu hendak meletakkan kenderaannya di ruang tempat letak kereta yang kosong.

Difahamkan, kereta dipandu Tunku Idris adalah kereta elektrik buatan Honda, iaitu Honda e, yang berharga lebih RM200,000.-UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya