Nooh Gadut dilantik Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI -

Nooh Gadut dilantik Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI

SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan bergambar dengan Nooh Gadut (kanan) dan Wan Zahidi Wan Teh selepas menyerahkan watikah pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI dekat Istana Bukit Kayangan di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) berkuatkuasa sejak 30 Jun lalu.

Pelantikan beliau diperkenan Sultan Selangor,  Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Pengerusi MKI dalam majlis pengurniaan watikah di Istana Bukit Kayangan, hari ini.

Sultan Sharafuddin dalam satu kenyataan dilaporkan bertitah, pelantikan Nooh berkuatkuasa sehingga 29 Jun 2024 menggantikan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menjadi Mufti Perak.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin dipilih sebagai Pengerusi MKI pertama dalam tempoh dua tahun berkuatkuasa pada Mac lalu susulan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-258 yang membuat ketetapan Raja Pemerintah wajar memenuhi peranan dan tanggungjawab Pengerusi selama dua tahun.

Sementara Perdana Menteri pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi selaras dengan perakuan Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya