Najib dikerumuni penyokong - Utusan Malaysia

Najib dikerumuni penyokong

NAJIB Tun Razak dikerumun penyokongnya di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini,-UTUSAN/FAIZ ALIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketibaan Datuk Seri Najib Tun Razak di pintu belakang Istana Kehakiman di sini dikerumuni ratusan penyokongnya yang menunggu sejak awal pagi.

Bekas Perdana Menteri yang menaiki kenderaan berwarna hitam itu tiba pada pukul 9.20 pagi sambil disambut dengan laungan ‘Hidup Bossku’.

Keadaan menjadi tidak terkawal buat seketika apabila Najib turun dari kenderaannya untuk melambai tangan kepada para penyokong.

NAJIB Tun Razak ketika hadir perbicaraan rayuan sabitan dan hukuman penjara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta di Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini.-UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

Terdahulu, sebanyak enam buah bas membawa penyokong Najib dari Pekan, Pahang untuk memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

Pada hari ini, sepatutnya dijadualkan penghujahan daripada pihak pembelaan, namun Hisyam minggu lalu memaklumkan beliau tidak akan berbuat demikian.

Najib kini merayu bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Nasib beliau bakal ditentukan oleh lima lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Ahad lalu, Najib melafazkan sumpah laknat bagi menafikan pembabitannya berhubung kes penyelewengan dana SRC dan tidak pernah mengetahui secara khusus atau sebaliknya bahawa dana sebanyak RM42 juta itu, datangnya daripada syarikat itu secara langsung atau tidak, sehingga kini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya