Najib berisiko kendali rayuan sendiri

Najib berisiko kendali rayuan sendiri

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berisiko mengendalikan sendiri ra­yuan akhirnya sekiranya peguam-peguam belanya menarik diri dan Mahkamah Persekutuan masih ingin meneruskan pendengaran tersebut.

Bagaimanapun, menurut peguam, Datuk Geethan Ram Vincent ketika dihubungi Utusan Malaysia, sekiranya benar, peguam-peguam Najib menarik diri pada 15 Ogos ini, mahkamah biasanya akan memberikan masa yang mencukupi untuk Ahli Parlimen Pekan itu melantik peguam baharu.

“Kita perlu ingat bahawa rayuan ini adalah rayuan akhir Najib dan mahkamah pun tahu Najib tidak mampu mengendalikan kesnya sendiri. Adalah adil untuk mahkamah memberikan Najib peluang untuk me­lantik peguam yang sanggup dan berupaya untuk me­ngendalikan kes itu,”katanya.

LANTIK

Menjawab pertanyaan sama ada mahkamah boleh melantik peguam bagi pihak Najib, Geethan memberitahu, ia hanya berlaku dalam kes membabitkan hukuman mati.

Peguam itu berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin bahawa peguam-peguam Najib ia­itu Hisyam Teh Poh Teik, Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavaranam akan menarik diri daripada mewa­kili bekas Presiden UMNO itu sekiranya Mahkamah Persekutuan akan tetap meneruskan dengan pende­ngaran rayuan akhir itu, Isnin depan.

Pada 29 Julai lalu, Hisyam memohon rayuan akhir itu ditangguhkan kerana beliau baharu sahaja dilantik dan memerlukan masa yang mencukupi untuk membuat persediaan kerana rayuan itu membabitkan isu yang berat. Permohonan itu bagaimanapun ditolak.

Pada 29 Julai lalu, Hisyam telah memohon agar rayuan akhir itu ditangguhkan kerana beliau baharu sahaja dilantik dan memerlukan masa yang mencukupi untuk membuat persediaan kerana rayuan itu membabitkan isu yang berat. Permohonan itu bagaimanapun ditolak.

Pada ketika itu, Hisyam memaklumkan Timbalan Pendaftar Kanan Mahkamah Persekutuan, Wan Fatimah Zahara Wan Yussof dan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Siti Hajar Mustaffa, beliau akan tetap memohon penangguhan rayuan akhir itu pada 15 Ogos ini.

Pada 15 Ogos ini, prosiding akan dimulakan dengan pendengaran permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu membabitkan hakim bicara, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya