Muhammad Shafee enggan mengulas kepada media -

Muhammad Shafee enggan mengulas kepada media

MUHAMMAD Shafee Abdullah hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi perbicaraan kes 1MDB Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini hari ini. -UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Peguam kes perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah enggan memberi sebarang kenyataan berhubung situasi terkini anak guamnya itu.

Muhammad Shafee berkata, beliau bimbang sekiranya sebarang kenyataan dikeluarkan olehnya akan dimanipulasi oleh media. 

“Sebarang maklumat mengenai beliau (Najib) kamu boleh cari sendiri,” katanya ketika ditemui ketika tiba di pekarangan mahkamah sebentar tadi.

Beliau berkata demikian selepas ditanya media mengenai perkembangan terkini bekas Perdana Menteri itu selepas menjalani hukuman penjara sejak kelmarin.

Muhammad Shafee tiba kira-kira pukul 2.15 petang tadi bagi menyambung perbicaraan membabitkan kes 1MDB sebentar lagi.

Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN