MPK bertindak isu perbandaran Taman Mutiara - Utusan Malaysia

MPK bertindak isu perbandaran Taman Mutiara

SETIAUSAHA MPK, Elya Marini Darmin (tiga, kiri) bersama wakil jabatan berkaitan membuat tinjauan di Taman Mutiara Bukit Raja di Klang, Selangor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan bertindak bagi mengatasi beberapa isu perbandaran yang dihadapi penduduk Taman Mutiara, Bukit Raja di sini.

Pengarah Komunikasinya, Norfiza Mahfiz berkata, isu yang dikenal pasti itu antaranya penyelenggaraan longkang, landskap, struktur haram dan kenderaan terbiar, namun, semua jabatan dalaman berkaitan sedang memproses penyelesaian aduan berbangkit bagi memastikan penduduk kawasan itu menikmati persekitaran kondusif.

“Jabatan itu akan menyelesaikan isu berkenaan dalam masa terdekat dan dipantau dari semasa ke semasa. MPK amat mengalu-alukan semua aduan atau cadangan dan menitikberatkan pengurusannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 25 Ogos lalu, Utusan Malaysia melaporkan bertahun-tahun penduduk di Taman Mutiara di sini tinggal dalam keadaan tidak terurus apabila pembersihan sampah tidak dilaksanakan dengan sempurna dan masalah saliran air terbiar tanpa diselenggara.

Lebih mengecewakan, masalah itu sudah beberapa kali diadukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi lain, namun, tiada maklum balas apatah lagi tindakan efektif diambil untuk menyelesaikannya.

Pengerusi Persatuan Penduduknya, M. Thenathayalan, berkata pihaknya tidak pernah melihat pemantauan dan tindakan daripada MPK untuk menyelesaikan masalah penduduk di kawasan tersebut.

Jelas Norfiza, kontraktor KDEB Waste Management (KDEBWM) sudah melakukan kerja pemotongan rumput pada 24 Ogos  lalu. Bagi kerosakan alatan di taman permainan, perkara itu sudah dirujuk ke Jabatan Taman Rekreasi.

Tambah beliau, pihaknya setakat ini menerima 37 aduan menerusi platform I-Responz di sekitar daerah ini.

“Ia antaranya masing-masing melibatkan lapan aduan longkang dan gangguan binatang, lampu jalan (7) dan longkang (4). Sebanyak 34 aduan itu sudah diselesaikan manakala tiga lagi masih dalam tindakan iaitu isu padang permainan, pokok dan gangguan anjing,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya