MIC minta kerusi Parlimen Teluk Intan - Utusan Malaysia

MIC minta kerusi Parlimen Teluk Intan

SA Vickneswaran berucap merasmikan Konvensyen Perwakilan MIC Perak Ke-76 di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH:  MIC menyuarakan hasrat untuk meletakkan calonnya bertanding di kerusi Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden MIC, Tan Sri SA Vickneswaran berkata, MIC sudah lama mahukan kerusi itu, iaitu kerusi Gerakan namun parti itu tidak lagi bersama Barisan Nasional (BN) ekoran kekalahan pada PRU14.

Menurut beliau, Parlimen Teluk Intan disifatkan sebagai kerusi tambahan bagi MIC untuk bertanding di negeri ini selain mengekalkan Parlimen Tapah dan Sungai Siput.

“Memang kita mahu bertanding di Teluk Intan. Ini kerana pertamanya sebab  ada kerusi tambahan, kedua kita memang telah memberi keutamaan kepada BN apabila kita telah memberikan kerusi Cameron Highlands  (pada Pilihan Raya Kecil Januari 2019).

“Jadi takkan apa yang kita korbankan ini tiada makna. Saya percaya kepimpinan BN dan UMNO akan memberi kerjasama  supaya MIC yang telah lama bersama BN diberi pengiktirafan sepatutnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Perwakilan MIC Perak Ke-76 di sini hari ini.

Kata Vickneswaran, selain kerusi Parlimen Teluk Intan, terdapat beberapa lagi permintaan yang hanya akan diputuskan menerusi Majlis Tertinggi BN.

Menurutnya, namun kerusi mana yang diminta oleh MIC tidak boleh didedahkan kerana bimbang perkara tersebut akan menyebabkan organisasi kucar-kacir.

“MIC juga berharap BN boleh memberi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mampu dimenangi MIC pada PRU15.

“Kita mahu satu persefahaman, iaitu jika ada pertukaran kerusi macam Cameron Highlands, kita diberi kerusi yang boleh kita menang, tak guna kita bertanding dalam kerusi-kerusi yang kita akan kalah,” katanya.

Pada PRU14, Nga Kor Ming yang juga Pengerusi DAP Perak menewaskan calon BN, Datuk Seri Mah Siew Keong dari Gerakan yang juga penyandang Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 11,179 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya