Menara dilengkapi CCTV pantau pembuangan sampah di Ketereh -

Menara dilengkapi CCTV pantau pembuangan sampah di Ketereh

MENARA yang dilengkapi dengan CCTV akan memantau golongan yang membuang sampah di luar tong sampah di Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan. -GAMBAR IHSAN MDKPI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI) mewujudkan sebuah menara dilengkapi dengan kemudahan kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau tindakan individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah secara merata-rata.

Yang Dipertuanya, Mohd.Anis Hussein berkata, menara setinggi 6.5 meter itu mampu memantau pembuangan sampah pada jarak 50 meter sekaligus membolehkan pihaknya mengenal pasti individu terbabit dan mengeluarkan tindakan saman terhadap pelaku.

“Selepas ini, kita akan mewujudkan empat lagi menara seperti ini di dalam kawasan MDKPI bagi memastikan tiada sampah berselerak di luar tong yang disediakan.

“Dengan cara ini, kita juga boleh melihat sikap individu melakukan pembuangan di luar tong atau sampah luar biasa,” katanya selepas  Program Jelajah Kelantanku Bersih dan Pelancaran Zon Bersih Indah Ceria, di sini, hari ini.

Mohd. Anis memberitahu, kamera yang berada di menara tersebut boleh berfungsi selama 24 jam sehari.

Katanya, MDKPI berharap kehadiran menara itu mampu menjadikan kawasan tersebut semakin bersih, indah dan ceria. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya