Mayat lelaki reput ditemukan dalam rumah sendiri - Utusan Malaysia

Mayat lelaki reput ditemukan dalam rumah sendiri

MAYAT lelaki reput yang ditemukan di dalam rumahnya di Jalan Meranti, Tambang Badak di Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Bau busuk melingkari sebuah kawasan perumahan membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di dalam rumahnya sendiri di Jalan Meranti, Tambang Badak di sini, pagi ini. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mayat lelaki berusia 56 tahun itu ditemukan setelah jirannya terhidu bau busuk. 

“Ketika pulang daripada kerja kira-kira pukul 7 pagi, jiran lelaki itu terhidu bau busuk. Jiran itu kemudiannya cuba menghubungi si mati dan memanggilnya, namun, tiada jawapan. 

“Berikutan itu, jiran berkenaan menelefon talian kecemasan 999. Setelah pintu dibuka oleh pihak bomba, didapati mangsa terlentang dan mayatnya sudah pun berbau,” katanya. 

Tambahnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati mayat mangsa sudah pun mereput. 

“Pemeriksaan teliti dibuat mendapati tiada kesan pecah rumah atau unsur jenayah lain. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat serta tindakan selanjutnya,” katanya. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, rumah mangsa didapati berkunci dengan mayatnya ditemukan di ruang tamu. 

“Setibanya di lokasi, kami terpaksa menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu rumah mangsa,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya