Libat semua parti bincang Akta Pendanaan Politik

Libat semua parti bincang Akta Pendanaan Politik

akta pendanaan politik
AZIZ BARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Cadangan menggubal satu undang-undang berkenaan akta pendanaan politik perlu dibincangkan dengan semua parti politik yang berdaftar.

Ketua Pembangkang Perak, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, ini kerana dana tersebut adalah dana awam dan diberikan kepada setiap parti politik.

“Saya fikir ada model tertentu khususnya dari Jerman yang boleh diteliti. Isu pendaftaran parti juga perlu diselesaikan kerana kita tidak mahu isu ada parti yang ditolak pendaftarannya, ini tidak adil.

“Mungkin soal pendaftaran parti ini perlu diteliti juga kerana ia berkait soal dana tadi. Setiap negara ada masalah dan budaya politik masing-masing, jadi kandungan muktamad perlu dibincang oleh semua parti politik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Abdul Aziz yang juga Naib Pengerusi DAP Perak berkata, setiap parti politik yang berdaftar berhak diberi ruang untuk berkempen dalam media awam seperti di saluran televisyen RTM1.

“Perkara itu sangat penting. Jika ini wujud, soal dana tidak terlalu mendesak bagi parti politik,” katanya.

Sebelum ini, terdapat cadangan agar satu jawatankuasa peringkat Parlimen dibentuk bagi membolehkan draf Akta Pendanaan Politik segera dibentangkan.

Draf berkenaan perlu segera dibentangkan supaya individu yang memberikan dana politik tidak berasa khuatir, manakala penerima tidak dizalimi.

Akta seperti itu sudah lama diguna pakai di negara barat agar ahli politik atau mana-mana individu tidak menjadi mangsa kerana menerima atau memberi dana kepada parti politik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN