Lelaki maut dua motosikal bertembung - Utusan Malaysia

Lelaki maut dua motosikal bertembung

SEORANG lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal lain dalam kejadian di Jalan Permatang Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kedua-dua motosikal yang ditunggang mereka bertembung di Jalan Permatang Bertam, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, penunggang motosikal yang berusia 40 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Mangsa yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Perai dipercayai memotong sebuah kenderaan yang berada di hadapannya sebelum bertembung dengan sebuah lagi motosikal yang ditunggang remaja berusia 18 tahun.

“Pertembungan itu menyebabkan kedua-duanya terjatuh dan mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian paha dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan.

“Mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya