Lebih ramai lepasan SPM pilih GiatMARA tingkat kemahiran -

Lebih ramai lepasan SPM pilih GiatMARA tingkat kemahiran

JABAR AZMAN Jaafar menyerahkan sijil kepada salah seorang penuntut GiatMARA pada Majlis Graduasi GiatMARA 2022 di Kubang Menerong, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cenderung memilih melanjutkan pengajian di GiatMARA bagi meningkatkan kemahiran sekali gus berpeluang memenuhi keperluan pasaran industri negara.

Ketua Pegawai Eksekutif GiatMARA, Datuk Jabar Azman Jaafar berkata, statistik menunjukkan seramai 5,803 daripada 7,877 pelatih ambilan sesi Julai terdiri daripada lepasan SPM. 

“Kalau diikutkan, sesi pengambilan pelatih untuk tahun ini sedikit terkesan memandangkan kita masih berada dalam fasa endemik dan masih perlu mematuhi penjarakan sosial dan sebagainya.

“Sepatutnya pengambilan bagi setiap sesi dibuka kepada 21,000 pelatih, namun, kita hadkan kepada 15,000 pelatih sahaja bagi memudahkan mereka mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Sehingga kini, terdapat 231 GiatMARA yang beroperasi di seluruh negara yang menawarkan 640 program pengajian dalam tempoh antara tiga bulan sehingga dua tahun,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Graduasi GiatMARA 2022 di Kubang Menerong, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, kebolehpasaran pelatih GiatMARA dalam pasaran kerja kini mencapai 86 peratus.

“Tahap kebolehpasaran pelatih diukur dalam tempoh enam bulan sehingga satu tahun dan kita dapati, setiap lapan daripada 10 pelatih mendapat pekerjaan selepas graduasi,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya