Konvensyen PN bincang strategi hadapi PRU15 - Utusan Malaysia

Konvensyen PN bincang strategi hadapi PRU15

DOMINIC LAU HOE CHAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganjuran Konvensyen Perikatan Na­sional (PN) pada 27 Ogos ini akan menjadi medan un­tuk gabungan berkenaan mem­bincangkan strategi dan persediaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, penganjuran Konvensyen PN sempena ulang tahun kedua gabungan berkenaan amat tepat pada masanya.

“Konvensyen PN akan bin­cang segala persediaan menjelang PRU15, kita ma­hu bersiap sedia dan mem­bentuk perpaduan antara parti semasa kita ‘berperang’ dalam pilihan raya yang semakin hampir.

“Kita akan fokus dan bin­cangkan strategi terbaik bagi memastikan PN mendapat kepercayaan rakyat. Sekarang semua parti ada strategi tersendiri dan kita juga tidak terkecuali,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai per­kara-perkara yang akan dibangkitkan pada Kon­vensyen PN bersempena ta­hun kedua gabungan ber­ke­naan pada 27 Ogos ini.

Ditanya sama ada pe­rancangan Barisan Nasional (BN) untuk bergerak so­lo pada PRU15 akan dibin­cangkan dalam Konvensyen PN, Dominic yang juga Pe­ngerusi PN Pulau Pinang ber­kata, PN tidak akan mencampuri urusan parti lain kerana gabungan itu juga ada strateginya sendiri.

“Tiada apa-apa kesan (BN bergerak solo) tetapi, kita kena buat persiapan terbaik kerana kita tidak mahu apa­bila Parlimen dibubarkan PN masih berada dalam keadaan tidak bersedia, Jadi Konvensyen PN kali ini tepat pada masanya,” katanya.

Mengulas persediaan Ge­ra­kan, Dominic berkata, par­ti berkenaan sudah berada dalam mood pilihan raya dan segala persiapan telah dilakukan termasuk meneliti kerusi-kerusi yang akan di­wakili nanti.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×