Kesempitan hidup, 3 anak Mogana Selvi tidak bersekolah -

Kesempitan hidup, 3 anak Mogana Selvi tidak bersekolah

SOON LIP CHEE (dua dari kiri) menyerahkan bantuan kepada keluarga T. Mogana Selvi ketika menziarahi keluarga berkenaan di rumah mereka di Ampang Jajar, Butterworth, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang ibu anak empat hidup dalam serba kekurangan selepas rumah sewa di Jalan Mohd. Saad, Bagan Jermal dekat sini yang didiami mereka sekeluarga terbakar Mei tahun lalu.

Lebih memeritkan, tiga anak T. Mogana Selvi, 39, terpaksa berhenti sekolah sejak awal tahun ini akibat dihimpit masalah kewangan.

Mogana Selvi berkata, dia bersama anak sulungnya, S. Tharmarhaja,15; Teyanayagi,13; Herash,10, dan Yoshwin, 8 tinggal di rumah pangsa Ampang Jajar dengan bayaran sewa RM100 sebulan.

Katanya, hanya Teyanayagi yang juga golongan orang kurang upaya (OKU) masih belajar di Pusat Tunas Harapan (Pektas) di Mak Mandin tajaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Saya tidak berpeluang mencari pekerjaan kerana perlu menjaga Teyanayagi yang hiperaktif dan memerlukan perhatian sepanjang masa.

“Ibu saya yang bekerja sebagai kakitangan pembersihan banyak membantu dan tengokkan anak-anak, tetapi, sejak kami berpindah ke sini, sukar sedikit untuk dia datang menjenguk kerana terpaksa menaiki bas dari Bagan Jermal,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Mogana Selvi berkata, keadaan semakin sukar selepas suaminya dipenjara sejak empat tahun lalu. 

“Saya hanya mahu anak-anak berpeluang untuk belajar semula kerana pendidikan amat penting untuk masa depan mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee hadir menyerahkan sumbangan barangan keperluan, peralatan elektrik dan wang tunai kepada keluarga terbabit.

Katanya, beliau akan mengusahakan permohonan kemasukan semula sekolah tiga beradik keluarga berkenaan dengan segera.

“Mereka hanya bergantung hidup dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan.

“Diharapkan sumbangan kami hari ini juga dapat meringankan beban yang dipikul Mogana Selvi sekeluarga,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya