Kerepek buah-buahan PakChips tambat selera

Kerepek buah-buahan PakChips tambat selera

Mardhiah Abdullah menunjukkan aneka kerepek PakChips di MAHA 2022 dekat MAEPS, Serdang, semalam. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Bagi yang menggemari makanan snek, pasti kerepek buah-buahan jenama PakChips menambat selera.

Kerepek goreng itu didatang­kan dengan sembilan pilihan bu­ah-buahan dan sayuran se­perti nangka, pisang, labu, nanas MD2, peria, kentang, ba­wang putih, bawang merah dan lobak.

Pengurus besar Marhas Tra­ding, Mardhiah Abdullah berkata, pada peringkat permulaan, PakChips yang beroperasi di Lenggeng, Negeri Sembilan hanya mengeluarkan kerepek nangka sebelum mempelbagaikannya dengan buah-buahan lain.

Menurut Mardhiah, suami­nya, Hasni Esa yang juga pemilik Marhas Trading menggemari bidang pertanian dan mula mengusahakan tanaman nangka sejak 2013 sebelum mengeluarkan produk kerepek pada 2018.

“PakChips merupakan antara jenama yang terpilih untuk menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelanco­ngan Malaysia (MAHA) 2022 kali ini kerana kami membawa hasil sendiri bermula dari nangka yang ditanam di ladang sehingga kepada penghasilan produk.

“Kerepek nangka PakChips merupakan idea suami selepas melihat lambakan produk import dari Thailand dan Vietnam di pasaran. Jadi dari situ dia bekerja keras untuk hasilkan sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia di Laman Tiba 1, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini semalam.

Jelas Mardhiah, dia menggunakan teknik khas bagi proses penyerapan air daripada buah-buahan tanpa menghilangkan kandu­ngan nutrisinya.

“Tiada perasa tambahan se­perti gula, garam atau pun pengawet dalam produk PakChips, jadi ia sesuai untuk golongan kanak-kanak kerana ia merupakan snek berkhasiat,” ujarnya.

Sementara itu, Mardhiah berkata, kerepek PakChips mampu mencapai jualan kira-kira RM500,000 setahun.

“Kita juga sudah tembusi beberapa pasar raya besar tempatan selain pernah sampai ke Jepun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya