Kecoh ular senduk dalam makmal SMK Dato’ Haron - Utusan Malaysia

Kecoh ular senduk dalam makmal SMK Dato’ Haron

PASUKAN bomba menangkap ular senduk dalam sebuah makmal dekat SMK Dato' Haron, Tanjong Karang di Kuala Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kecoh suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Haron, Tanjong Karang di sini apabila sebuah makmal sains di sekolah itu dimasuki ular senduk hitam hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu disedari pembantu makmal yang melihat reptilia sepanjang 0.3 meter tersebut di bawah meja.

Bagaimanapun, tiada pelajar sekolah berada di makmal berkenaan berikutan waktu rehat.

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 9.27 pagi.

Katanya, sepasukan lima anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dikerah dalam operasi berkenaan.

“Setibanya di lokasi, pemeriksaan mendapati seekor ular senduk berada di bawah sebuah meja di makmal tersebut.

“Anggota kita kemudian peralatan khas untuk menangkap reptilia hitam tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Norazam, ular itu berjaya ditangkap pihaknya dalam tempoh 27 minit.

“Sesi pembelajaran di sekolah berkenaan tidak terganggu dan berjalan seperti biasa. Ular tersebut kemudian dilepaskan di kawasan yang selamat,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya