Kawal ketat sempadan elak seludup migran - Utusan Malaysia

Kawal ketat sempadan elak seludup migran

RONDAAN kawalan sempadan bersama melibatkan Platun Harimau PGA dan askar Thailand di sempadan Wang Kelian, Padang Besar, Perlis baru-baru ini. - UTUSAN/SYED AZLAN HIZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Polis sentiasa mengawal ketat kawasan Wang Kelian di sini yang pernah digemparkan dengan penemuan kem penempatan sementara dan kubur besar yang menempatkan 139 mayat di Bukit Wang Burma.

Dalam masa sama, temu bual dengan penduduk Wang Kelian dan Wang Prachan, Thailand memaklumkan tiada pergerakan penyeludupan migran di kawasan itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, kawasan sempadan itu dikawal ketat Pasukan Gerakan Am (PGA) menyebabkan tidak berlaku penyeludupan migran di Wang Kelian.

Katanya, kawalan ketat kawasan itu turut diperkukuhkan dengan kehadiran pasukan komando polis VAT69 yang sentiasa melakukan rondaan jarak jauh selepas kejadian tersebut.

“Jabatan Siasatan Jenayah dan Cawangan Khas kontinjen turut membuat rondaan dan pemantauan yang ketat di kawasan tersebut.

“Selain itu, faktor muka bumi di Wang Kelian berbukit-bukau turut menghalang aktiviti penyeludupan migran di Wang Kelian,” katanya.

Selain itu Surina berkata, pasukan keselamatan mempunyai hubungan baik dengan pihak Thailand dalam mencegah aktiviti itu.

Katanya, pihak keselamatan dua negara itu turut mengadakan kawalan keselamatan bersama antara PGA dan askar Thailand bagi membanteras kegiatan penyeludupan migran dan lain-lain jenayah rentas sempadan.

“Sejak berlaku pembongkaran kubur besar itu, kawasan kem tahanan migran berkenaan telah dikawal ketat oleh pihak berkuasa terutama PGA yang membuat rondaan secara penggiliran batalion.

“Tugas-tugas rondaan di kawasan sempadan antarabangsa itu dilaksanakan oleh unit khas PGA iaitu Platun Harimau dan Platun Penjejak,” jelasnya.

Katanya, penduduk setempat juga memberi kerjasama yang baik dengan kehadiran pasukan keselamatan bagi membanteras kegiatan penyeludupan migran di Wang Kelian. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya