‘Kalau faham saya nyanyi bahasa Cina, okey saja’

Kalau faham saya nyanyi bahasa Cina, okey saja – Hattan

hattan
HATTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Hattan tidak me­nyangka terdapat permintaan untuknya menyanyikan lagu runut bunyi filem Gadis Jolobu dalam versi bahasa Cina.

Menurut Hattan, permintaan itu datangnya daripada beberapa pihak pengedar filem di China yang menganggap lagu tersebut unik menerusi garapan dan komposisinya yang mampu mencuri perhatian pendengar di sana.

“Memang tak sangka juga bila diberitahu ada pihak di sana yang inginkan lagu tersebut dihasilkan dalam versi bahasa Cina. Saya pun ada tanya semula pada penerbit filem itu, Saraleana Natayya Azmi be­tulkah mereka nak dalam versi bahasa Cina?

“Maklumlah, saya ini tak pandai nak tulis dalam bahasa itu. Tetapi, kata Sara, perkara itu tidak menjadi satu masalah sebab dia ada pasukannya yang boleh membantu saya menulis lirik dalam bahasa Cina,”katanya semasa dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Katanya, beliau juga belum mendapat kata putus sama ada lagu itu dinyanyikan oleh artis di China atau dirinya sendiri.

Pun begitu, kata penyanyi yang popular dengan lagu Memburu Rindu dan Biso Bonar ini, agak melucukan jika dia yang diminta untuk menyanyikan lagu itu kelak.

“Macam kelakar jugalah kalau saya yang nyanyikan dalam bahasa Cina. Kalau ditanya pada saya, biarlah orang lain yang nyanyikan.

“Tetapi, kalau terdapat permintaan dan orang pun faham saya sebut apa, okeylah. Tapi, saya sendiri pun rasa macam tak boleh bayang boleh menyanyi dalam bahasa Cina.

“Apa pun, saya gembira dan berbangga sebab orang luar hargai dan suka dengan karya seni muzik kita,” katanya.

Mengenai isu saman oleh penerbit filem itu terhadap seorang YouTuber tempatan, Hattan memaklumkan tidak mencampuri perkara tersebut.

“Malaslah saya nak komen. Buat serabut sahaja. Saya tak ambil tahu pasal isu saman-menyaman itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN