Jovian lancar produk baharu Wonder Suit 

Jovian lancar produk baharu Wonder Suit 

JOVIAN Mandagie bercakap kepada media selepas Majlis Pelancaran dan Sidang Media Wonder Suit oleh Jovian Mandagie di Tropicana Golf & Country Resort. - UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jovian, sebuah jenama dengan pelbagai jenis produk ready-to-wear (RTW) yang dikenali ramai sejak  2012, kini melancarkan produk baharunya dikenali sebagai Wonder Suit. 

Pereka fesyen dan usahawan Jovian RTW, Datuk Jovian Mandagie berkata, perkara yang selalu didengari daripada Jovianista adalah bagaimana mereka menghadapi masalah dengan figura mereka, jadi mereka memperkenalkan produk pertama dalam korset yang direka khas dari saiz S hingga 3XL. 

“Korset ini direka untuk meningkatkan bentuk badan anda, bukan sahaja mengempiskan perut dan mencipta siluet tetapi menawarkan keselesaan dan sokongan untuk pemakaian sepanjang hari.

“Kelebihan korset ini adalah keselesaan yang tiada bandingan kerana anda tidak perlu risau akan ruam serta anda boleh kurang dua hingga tujuh inci serta merta dan membantu anda ke arah gaya hidup sihat dengan pengawalan makanan semasa pemakaian korset ini,” katanya semasa pelancaran produk tersebut.

Jovian RTW adalah sebuah jenama terkemuka  dan mampu milik yang digemari ramai sejak pelancarannya pada Ogos 2012. Rekaanya yang terperinci menjadikan ramai pembeli terutama golongan wanita menjadi peminat kepada produk-produk mereka.

Pelitup muka Jovian menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia, Singapura dan Brunei semasa pandemik Covid-19. Selain itu, produk yang dijual adalah baju kurung, baju Melayu, sejadah, telekung serta keperluan asas seperti payung, minyak wangi dan sabun tangan.

 Jovian berkata, produk itu diperbuat daripada bahan berkualiti premium yang menyejukkan sertamempunyai tiga baris cangkuk boleh laras untuk muat ultra yang selamat dan enam panel tulang fleksibel dalam ikat pinggang yang membantu untuk mencapai postur yang lebih baik.

“Tambahan pula, untuk bentuk badan yang lebih diingini, korset ini juga dilengkapi dengan tali pinggang boleh tanggal yang mencengkam bahagian pinggang untuk membantu menghasilkan bentuk badan yang ideal.

“Korset shape memory ini merupakan yang pertama mempunyai ketahanan mampatan pinggang yang mampu menyesuaikan diri dengan bentuk badan anda.

“Selain itu, korset ini juga menawarkan kebaikan seperti peredaran darah yang lebih baik dan mengurangkan sakit belakang serta menghilangkan keletihan,” katanya.

Beliau sendiri menggunakannya selama sebulan sekarang dan dapat melihat perbezaan pada badannya iaitu penurunan sebanyak tujuh kilogram dan empat inci.

“Semasa kami memperkenal koleksi baharu ini, kami bekerjasama dengan lima bintang terkenal Malaysia untuk menjadi wajah kepada Wonder Suit iaitu Ifa Raziah, Ning Baizura, Rozita Che Wan, Sherry Al Hadad dan Dolla.

“Harga Wonder Suit ini adalah RM149 dan boleh dibeli di platform Instagram selebriti atau boleh didapati di semua JStores, Jovian Pop Up Booth dan di Shopee pada September akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.