Jenazah Raja Zainudin selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah Raja Zainudin selamat dikebumikan

JENAZAH Raja Zainudin Raja Ibrahim disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan, malam tadi. UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Jenazah Raja Zainudin Raja Ibrahim, 49, yang merupakan mangsa bot karam di Pulau Redang, Terengganu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cherang Ruku di sini, malam tadi.

Urusan pengebumian itu dilakukan pada pukul 10 malam yang turut disaksikan oleh isteri, anak serta ahli keluarga Raja Zainudin.

Sebelum itu, jenazah dibawa dari Kuala Terengganu ke tanah perkuburan oleh Pertubuhan Amal Tengku Harith (PATH) Pasir Puteh menggunakan van Jenazah JZNA Gaung Global.

Menurut Pengasas PATH, Tengku Harith Tengku Aziz, jenazah berkenaan selamat dimandikan dan disolatkan di Unit Forensik Hospital Kuala Terengganu sebelum bertolak ke Cherang Ruku pada pukul 8 malam.

“Sebaik tiba di Tanah Perkuburan Islam Cherang Ruku, solat jenazah sekali lagi dilakukan sebelum dikebumikan sebelah pusara rakannya yang juga tekong bot bubu, Saludin Ismail,50,” katanya ketika ditemui di sini malam tadi.

Rabu lalu tiga mayat mangsa ditemukan termasuk Saludin, Mohd. Nazri Abu Bakar, 48, dan Zulkifli Umar, 48,  ditemui tersangkut pada boya unjam berhampiran lokasi bot karam.

Manakala Ahmad Zamri Ishak, 66, masih belum ditemui.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim dan ADUN Selising, Tuan Saripudin Tuan Ismail bersama dua bot bomba dan penyelamat Pasir Puteh serta tiga bot nelayan tempatan akan membuat pencarian ihsan di lokasi 9 batu nautika dari Pulau Perhentian, hari ini. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya