Jalur Gemilang 23 meter serikan perarakan merdeka SK Senaling -

Jalur Gemilang 23 meter serikan perarakan merdeka SK Senaling

PERARAKAN Jalur Gemilang sepanjang 23 meter dan kayuhan basikal klasik memeriahkan Program Perarakan Semarak Merdeka SK Senaling, Kuala Pilah yang diadakan hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Program sambutan kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Senaling di sini meriah apabila ia turut melibatkan ibu bapa dan komuniti sekitar sekolah berkenaan.

Lebih menarik, Program Perarakan Semarak Merdeka SK Senaling itu juga melibatkan perarakan Jalur Gemilang yang sepanjang 23 meter serta kumpulan kayuhan basikal klasik.

Guru besar sekolah terbabit, Fatimah Ab Kadir, 52, berkata, program perarakan itu merupakan julung kali diadakan dan melibatkan penyertaan kira-kira 500 orang terdiri daripada murid-murid, guru, ibu bapa dan penduduk kampung serta hasil kerjasama Pejabat Penerangan Kuala Pilah.

“Perarakan bermula dari sekolah ke Masjid Kariah Senaling yang sejauh tiga kilometer. Selain perarakan, turut diadakan pertandingan pakaian beragam bagi pelajar, guru, dan ibu bapa yang terlibat, serta ceramah mengenai kemerdekaan.

“Semua aktiviti yang diadakan bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar dan semua yang terlibat mengenai kemerdekaan negara dalam sambutan Hari Kemerdekaan Ke-65,” katanya kepada  pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden Kelab basikal Tua Negeri Sembilan, Amran Yahya, 54, berkata, pihaknya menerima undangan daripada pihak sekolah untuk terlibat sama dalam program berkenaan bagi memperkenalkan basikal klasik kepada pelajar dan komuniti setempat. 

“Seramai 20 orang ahli kelab menyertai program hari ini dan kami berharap program ini dapat meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan komuniti sepanjang bulan kemerdekaan ini. 

“Ini program pertama kami sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini. Selepas ini kami turut akan menyertai perarakan hari kemerdekaan peringkat Negeri Sembilan di Seremban pada 31 Ogos nanti,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya