Indeks Daya Huni Malaysia bakal dilancar 18 Ogos -

Indeks Daya Huni Malaysia bakal dilancar 18 Ogos

REEZAL Merican Naina Merican menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama melibatkan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) dan Urbanice Malaysia, di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setelah hampir sembilan bulan diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Indeks Daya Huni Malaysia (Idam) bakal dilancarkan minggu depan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Idam bakal memberi nilai tambah terhadap segala usaha semasa yang dilaksanakan kementerian dalam Agenda Malaysia Berdaya Huni.

“Ini juga antara satu usaha bagi memperkukuhkan lagi kedudukan Malaysia di peringkat global terutama soal kemampanan yang kini jadi tema utama pembangunan masa depan,” katanya kepada pemberita selepas hadir majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama melibatkan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN-Habitat) dan Urbanice Malaysia, di sini hari ini.

Kerjasama tersebut bersempena kunjungan hormat delegasi UN-Habitat, diketuai Pengarah Eksekutifnya, Datuk Seri Maimunah Mohd. Shariff ke pejabat beliau semalam.

Idam diperkenalkan kementerian itu bagi pelaksanaan Rancangan Fizikal Negara Keempat melalui peranan diuruskan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PlanMalaysia) yang menjadi pengukuran berimpak tinggi kepada semua lokaliti khasnya kepada pihak berkuasa tempatan dalam memastikan perancangan perbandaran mengambil kira kesemua kriteria.

Dalam pada itu ujar beliau, pihak kementerian sentiasa mengangkat Agenda Perbandaran Baharu menjelang tahun 2030 menerusi pemeteraian kerjasama dengan UN-Habitat sendiri.  

Kerjasama Urbanice Malaysia dan agensi PBB itu malah akan menyokong komitmen terhadap pembangunan perbandara mampan di semua peringkat kerajaan tempatan seluruh negara. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya