Ahli Parlimen Muar itu turut mempersoalkan kegagalan kerajaan

Himpunan ‘Mana Kapal LCS’ desak kerajaan tidak lindungi individu terlibat skandal 

HIMPUNAN Mana Kapal LCS berlangsung dengan aman di Jalan Tuanku Abdul Rahman petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Protes Mana Kapal (LCS) mendesak pihak kerajaan supaya menjawab segala tuntutan berkaitan skandal kapal tempur pesisir pantai (LCS).

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, kerajaan seharusnya mengambil tindakan selain tidak melindungi mana-mana individu yang terlibat dalam skandal terbabit. 

Ahli Parlimen Muar itu turut mempersoalkan kegagalan kerajaan menjawab berhubung aduan dikemukakan bekas Panglima Tentera Laut, Tan Sri Dr Abdul Aziz Jaafar sebelum ini berhubung pelaksanaan projek kapal LCS terbabit.

Dalam laporan prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 27 Julai tahun lalu, Abdul Aziz memaklumkan beliau mengemukakan sekurang-kurangnya 10 surat teguran, surat tidak puas hati, surat untuk memaklumkan pendirian TLDM.

“Ia termasuk lima surat kepada Menteri Pertahanan, satu surat kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, satu surat kepada Ketua Setiausaha Negara dan turut mengutuskan dua surat kepada Perdana Menteri.

“Mereka patut bertanggungjawab, masa diambil untuk menyiasat tidak logik. Perlu diambil tindakan terhadap ‘jerung’ bukannya ikan bilis yang dijadikan kambing hitam.

“Kita mendesak kerajaan menjawab segala tuntutan dan persoalan. Ini termasuk surat yang tidak dijawab, proses sub kontraktor tiga lapisan, kos yang meningkat sebanyak 300 peratus, malah, ada pekerja ditamatkan kontrak sejak 2017 lagi,” katanya ketika ditemui selepas himpunan Mana Kapal LCS di hadapan Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini tadi. 

Hampir 100 peserta menghadiri himpunan bermula kira-kira pukul 2 petang dan berlangsung secara aman itu. 

Dalam himpunan selama satu jam 30 minit itu, lebih 100 anggota dan pegawai polis di sekitar pusat beli tersebut.

Selain Syed Saddiq, himpunan itu turut dihadiri Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; Naib Setiausaha Agung Muda, Amir Abd Hadi; Naib Ketua Pemuda Amanah, Abbas Azmi dan peguam aktivis, Siti Kassim. 

Beliau turut menyifatkan kerajaan tidak bersikap telus berkaitan skandal tersebut. 

“Kita tidak mahu rakyat tertipu lagi, cukup dengan kes 1MDB yang katanya untuk rakyat,” ujarnya. 

Sementara itu, Naib Presiden MUDA, Amir Abd Hadi menegaskan himpunan ini membuktikan rakyat boleh bersuara melalui sistem demokrasi di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. 

“Rakyat boleh bersuara apabila ada kerajaan atau pimpinan melakukan perkara salah yang kita rasakan berlaku ketirisan, kita boleh suarakan,” ujarnya.

Himpunan Mana Kapal LCS bagi menuntut kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat segala salah laku yang berlaku selain Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meletak jawatan kerana didakwa culas dalam tugasnya dan gagal menjadi menteri yang telus.

Ketiga, penganjur menuntut kerajaan menjawab berhubung aduan dikemukakan bekas Panglima Tentera Laut, Tan Sri Dr Abdul Aziz Jaafar sebelum ini berhubung pelaksanaan projek kapal LCS terbabit.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.