Hilang ketika cari daun kelapa sawit - Utusan Malaysia

Hilang ketika cari daun kelapa sawit

USAHA mencari dan menyelamat Painah Siwan di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Kehilangan warga emas, Painah Siwan, 79, di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang dekat sini, menimbulkan pelbagai persoalan kepada ahli keluarganya.

Ini kerana jarak tempat yang dituju hanya kira-kira 700 meter dari rumah mereka bagi mencari daun kelapa sawit untuk dibuat penyapu lidi.

Anak ketiga daripada sembilan beradik, Sadiah Mohari, 42, berkata, ibunya adalah seorang yang tidak betah duduk di rumah walaupun mengalami sakit lutut.

Bagaimanapun katanya, Painah tidak menghidap penyakit kronik yang boleh membahayakannya walaupun keluar berseorangan.

“Kami tinggal serumah dan petang kejadian dia bertanya kepada saya tempat orang menebang pokok kelapa sawit kerana mahu mengambil daunnya dibuat penyapu lidi.

“Tidak sangka emak boleh hilang seolah-olah ada sesuatu yang menghalangnya untuk keluar dari kawasan kebun itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sadiah turut risau kerana sewaktu keluar, ibunya tidak menjamah sebarang makanan dan setakat semalam, sudah hampir empat hari tidak pulang ke rumah.

Ketika keluar, menurutnya, Painah memakai baju warna hitam bergaris putih, seluar biru gelap selain anak tudung.

“Saya sangat berharap ibu dapat ditemukan semula dalam apa juga keadaan walaupun ada pihak mengatakan yang dia ‘disorok’ ke alam lain.

“Saya juga memohon orang ramai sama-sama mendoakan kesihatan ibu sehingga dia ditemukan,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya