Hakim ikut fakta, bukan tunduk kepada kuasa politik - Anwar -

Hakim ikut fakta, bukan tunduk kepada kuasa politik – Anwar

dana 1mdb
ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menghargai keputusan mahkamah yang menolak rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Katanya, keputusan itu membuktikan badan kehakiman membuat keputusan berdasarkan fakta dan undang-undang sedia ada.

“Rakyat buat keputusan pada 2018 untuk memastikan badan kehakiman bebas dan bersihkan negara dari rasuah. Keputusan rakyat membolehkan pendakwaan yang profesional.

“Ketegasan serta keberanian badan kehakiman membuat keputusan mengikut fakta dan hukum, bukan mengikut telunjuk politik pihak berkuasa yang kita alami puluhan tahun. Sekarang, ada perasaan lega.

“Saya ucapkan tahniah kepada hakim yang berani berwibawa, tunduk kepada fakta dan hukum, bukan tunduk kepada kuasa politik,” katanya dalam video yang dimuat naik di akaun media sosialnya.

Namun, beliau mengingatkan, hukuman terhadap Najib tidak akan berlaku jika pengundi tidak membuat keputusan untuk memilih Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

“Ingatlah, rakyat bila memutuskan dengan bijak, anak muda bila menentukan masa depan mereka, maka suasana dan iklim politik boleh berubah,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya