Gadis autisme dari Kulai ditemukan di Kelantan - Utusan Malaysia

Gadis autisme dari Kulai ditemukan di Kelantan

NUR ELYANA ADRYNA yang hilang dari kediaman keluarganya di Kulai, Johor ditemukan enam hari kemudian di Tanah Merah, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Remaja autisme, Nur Elyana Adryna Abdul Rahim, 16, yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemukan selamat di Tanah Merah, Kelantan, petang kelmarin.

Bapa tirinya, Mohd. Azmi Abdullah, 40, dimaklumkan perkara itu oleh pihak polis kira-kira pukul 2 petang sebelum terus bergegas ke sana.

“Setibanya di sana, saya terus memeriksa keadaan kakak (Nur Elyana Adryna) dan dapati dia dalam keadaan baik, tiada luka atau lebam-lebam cuma sedikit kurus.

“Dia dikatakan tidak diberi makan secukupnya sepanjang tempoh enam hari dibawa seseorang individu yang kami tidak kenal sejak kehilangannya dilaporkan pada Sabtu lalu,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Mohd. Azmi berkata, dia mendapat maklumat daripada orang awam bahawa terdapat kemungkinan anaknya berada di satu lokasi di Tanah Merah sehari sebelum Nur Elyana Adryna ditemukan.

“Ada orang beritahu saya lokasi kakak, saya terus menghubungi balai polis di sana dan beritahu perkara itu sebelum akhirnya mereka berjaya menemukan kakak.

“Polis juga maklumkan individu yang membawa kakak dari Johor sehingga ke Kelantan itu telah ditangkap dan siasatan tentang perkara itu sedang dibuat.

“Cuma mereka tidak maklumkan kepada saya siapakah individu berkenaan dan sama ada pihak tersebut bertindak bersendirian atau secara berkumpulan,” katanya.

Mohd. Azmi memberitahu Nur Elyana Adryna kelihatan sedikit trauma, namun dia tetap bersyukur kerana telah selamat kembali dalam pangkuan keluarga.

Nur Elyana dilaporkan hilang selepas keluar dari kediaman keluarganya di Bandar Putra, Kulai petang Sabtu lalu. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya