Enam pemancing terapung 16 jam selepas bot karam - Utusan Malaysia

Enam pemancing terapung 16 jam selepas bot karam

SEORANG daripada enam pemancing dihantar ke Hospital Sultanah Maliha akibat keletihan selepas bot mereka karam di perairan Pulau Timun, Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Enam pemancing terselamat selepas bot yang dinaiki mereka karam akibat cuaca buruk di kedudukan 8.2 batu nautika tenggara Pulau Timun, di sini kira-kira pukul 6 petang semalam. 

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, ketika kejadian, kesemua mangsa berusia dalam lingkungan 34 hingga 70 tahun itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Perlis. 

“Bot mangsa dipercayai dimasuki air akibat cuaca buruk ketika menuju ke tengah laut dan mulai tenggelam sebelum mereka berusaha menyelamatkan diri dengan menggunakan segala peralatan yang ada.

“Ketika diselamatkan, semua mangsa memakai jaket keselamatan dan berpaut pada bumbung bot yang timbul setelah keseluruhan badannya tenggelam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Romli berkata, mereka kemudian dipindahkan ke atas bot Perkasa 1228 dan dibawa balik ke Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Bukit Malut.

“Sejurus tiba di Bukit Malut pagi ini, seorang daripada mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha di sini, akibat keletihan selepas terapung hampir 16 jam. 

“Kegunaan jaket keselamatan terbukti menjadi alat bantuan keselamatan yang mampu menyelamatkan nyawa di laut sekiranya berlaku kecemasan,” katanya.

Justeru, beliau berkata, Maritim Malaysia mengingatkan individu yang berhasrat melakukan aktiviti di laut agar sentiasa memakai jaket keselamatan. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya