Enam buah bas bawa penyokong Najib dari Pekan -

Enam buah bas bawa penyokong Najib dari Pekan

Antara penyokong yang sanggup menunggu sejak awal pagi bagi memberi sokongan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak di pintu belakang Istana Kehakiman, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ratusan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup menunggu bekas Perdana Menteri itu sejak pukul 7 pagi tadi di pintu belakang Istana Kehakiman di sini walaupun hujan lebat.

Difahamkan mereka yang hadir pada hari ini merupakan ahli UMNO dari kawasan Pekan yang menaiki enam buah bas dari Pekan, Pahang kira-kira pukul 12.45 tengah malam tadi dan tiba di Putrajaya sekitar pukul 6 pagi.

Salah seorang daripada penyokong yang enggan namanya disiarkan berkata, tujuan kedatangan mereka adalah untuk memberi sokongan moral kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

“Kami dah ada di sini sejak pukul 7 pagi tadi selepas tiba dari Pekan. Kami mahu beri sokongan kepada Datuk Seri,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Rata-rata penyokong yang setia menunggu kedatangan Najib itu sesekali turut melaungkan ‘Bossku’ dan ‘Allahuakhbar’.

Prosiding rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan hari ini bakal menentukan nasib Najib sama ada bekas Perdana Menteri itu dapat mengetepikan hukuman penjara dan denda dalam kes penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn. Bhd ataupun sebaliknya.

Pada prosiding hari ini, difahamkan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan berhak memutuskan terus rayuan akhir Najib memandangkan peguam­nya, Hisyam Teh Poh Teik sejak Khamis lalu menyatakan tidak akan mengemukakan sebarang hujahan pada rayuan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya