Doktor pelatih juga berdepan gangguan seksual dan perkauman -

Doktor pelatih juga berdepan gangguan seksual dan perkauman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Doktor pelatih di hospital kerajaan bukan sahaja berdepan isu buli dan burnout atau keletihan yang teruk tetapi turut menjadi mangsa gangguan seksual dan juga perkauman oleh doktor senior.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang doktor pakar perubatan yang mahu dikenali sebagai Dr. A berkata, gejala buli doktor pelatih sememangnya berlaku sejak dahulu lagi di hospital kerajaan ia telah menjadi tradisi.

“Saya akui gejala buli ini berlaku sejak dahulu lagi, saya menjadi doktor pelatih di Hospital Klang selama dua tahun (2012-2014) dan ketika itu saya dan rakan-rakan berdepan pelbagai isu buli, perkauman, keletihan yang teruk dan perkauman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Paling teruk ialah doktor pelatih wanita yang berdepan gangguan seksual doktor senior lelaki. Mereka (senior) boleh pilih siapa sahaja yang mereka ingin untuk panggil bekerja dan mereka ambil peluang untuk melakukan gangguan seksual.

“Gangguan seksual itu juga kadang-kadang berlaku di depan doktor pelatih yang lain melalui cara percakapan yang tidak sopan. Sekarang apabila kes buli ini terdedah dan saya harap sangat ia dapat ditangani secara serius,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai gejala buli terhadap doktor pelatih di hospital kerajaan bukan sahaja terbukti berlaku tetapi trend tersebut dianggap kritikal sehingga telah membina persepsi negatif dalam perkhidmatan kesihatan.

ADS:D

Semalam, Jurucakap Hartal Doktor Kontrak, Dr. Muhammad Yassin dilaporkan berkata, kejadian buli sudah menjadi seperti budaya dalam Kementerian Kesihatan membuatkan ramai doktor pelatih tertekan sehingga ada yang memilih meninggalkan profesion tersebut.

Mengulas lanjut, Dr, A berkata, dia melihat isu buli dan gangguan seksual terhadap doktor pelatih semakin menjadi-jadi kerana tiada saluran yang betul untuk mangsa membuat laporan dan jika ada pun kepada pihak atasan hospital itu sendiri.

“Apa yang menjadi masalah, aduan itu tidak kemana dan yang dikenakan tindakan ialah doktor pelatih itu sendiri. Saya sekarang sebagai doktor pakar faham kenapa gejala buli itu berlaku iaitu tekanan kerja tetapi, bagi saya itu bukan alasan.

“Perkara ini perlu dihentikan dan wujudkan platform untuk doktor pelatih untuk membuat aduan, Jika boleh, biarlah mereka yang bukan daripada hospital itu sendiri yang siasat, biar badan bebas agar kes dapat diselesaikan,” katanya yang merupakan doktor pakar di Hospital Miri, Sarawak. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN