BlueScope kongsi keselesaan dengan masyarakat

BlueScope kongsi keselesaan dengan masyarakat

Salah sebuah rumah di Negeri Sembilan yang diganti bumbungnya melalui program CSR BlueScope.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: NS BlueScope Malaysia (BSM) iaitu pengeluar dan pembekal bumbung berkualiti di negara ini memastikan mereka yang kurang bernasib turut dapat menikmati faedah daripada produk yang mereka hasilkan.

Baru-baru ini BSM bersama United Season Sdn. Bhd, dan MKT Marketing Sdn. Bhd. telah melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan membaiki bumbung dua buah rumah peserta terpilih di Negeri Sembilan.

Naib Presiden Pemasaran, NS BlueScope Malaysia, Ken Wong berkata, pelaksanaan program CSR itu selari dengan misi dan visi syarikat mereka itu menyediakan perlindungan yang lebih daripada sekadar bumbung kepada penduduk di negara ini.

Katanya, inisiatif CSR itu adalah untuk menjalin ikatan yang lebih kuat bukan terutama dalam kalangan masyarakat.

Pada masa yang sama katanya, ia dapat membantu mereka yang memerlukan termasuk memastikan mereka mempunyai tempat perlindungan yang sesuai dan selesa serta bumbung yang benar-benar membolehkan mereka berteduh.

Katanya, ini selari dengan falsafah syarikat dalam menghasilkan produk iaitu memastikan keselesaan setiap pengguna dengan produk yang dihasilkan mampu memberi keselesaan termasuk teknologi pengurangan haba pada keluli yang mereka gunakan selain tahan lebih lama.

“Kami percaya mempunyai tempat perlindungan yang sesuai adalah lebih daripada sekadar bumbung di atas kepala. Teknologi yang telah kami laburkan dalam keluli kami seperti pengurangan haba membolehkan keselesaan yang lebih baik dan penggunaan yang tahan lama. Ini bertujuan untuk dinikmati oleh semua orang,” katanya.

Sehubungan itu katanya, mereka berharap program ini dapat membantu para peserta terbabit meningkatkan hidup mereka tanpa perlu bimbang pada bumbung tempat mereka berteduh.

Pengarah Urusan United Seasons Sdn. Bhd., Benny Shariff Abdullah pula berkata, komitmen BSM untuk menyumbang kepada masyarakat telah memberi inspirasi kepada mereka untuk turut melibatkan diri.

Katanya, dengan cara itu ia menunjukkan hala tuju positif untuk membina masyarakat yang harmoni dan prihatin.

“Dengan ini keluarga terbabit akan merasa selamat dan selesa di bawah bumbung baharu yang selamat yang mana ia membantu membina masyarakat harmoni,” katanya.

Cabaran utama dalam projek SCR itu kata Benny Shariff Abdullah, adalah struktur rumah terbabit yang sudah berusia yang mana mereka perlu melakukan pemeriksaan untuk memastikan ia masih baik dan kuat untuk menahan bebanan.

Katanya, mereka juga perlu berhati-hati ketika menanggalkan bumbung lama supaya tidak merosakkan strukturnya sebelum dipasang yang baharu.

Salah seorang penerima yang dikenali sebagai Effendy berkata, sebelum ini bumbung rumahnya sudah bocor dan berkarat.

Bagaimanapun dengan bumbung baharu hasil sumbangan NS BlueScope ini hidupnya suami isteri bersama tiga orang anak lebih selesa.

“Saya mengetahui mengenai program CSR ini di website. Kualiti bumbung yang dipasang ini memuaskan dan suhu panas pun kurang dari sebelumnya.

“Ia membuatkan hidup kami bertambah selesa. Tiada lagi masalah bocor kalau waktu hujan.

“Perasaan saya sungguh gembira kerana dapat menyambut hari perayaan kami dengan lebih baik, terima kasih,”.

Seorang lagi penerima, Mageswari yang mengetahui tentang kempen itu melalui akhbar berkata, bahan yang digunakan untuk bumbung rumahnya itu lebih tahan lasak dan sesuai untuk rumahnya berbanding atap asbestos yang lama.

Katanya, secara tidak langsung ia turut mengubah kehidupannya sama sekali termasuk melindungi mereka daripada pelbagai kotoran, najis burung dan sebagainya.

“Tidak lupa dan terima kasih kepada BlueScope kerana saya tidak perlu lagi bimbang tentang air bocor setiap kali hujan,” katanya.

Kempen CSR BlueScope itu katanya, sangat baik untuk masyarakat dan perlu diteruskan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN