Blok ibu dan anak Hospital Tengku Ampuan Afzan dibina tahun ini -  Khairy - Utusan Malaysia

Blok ibu dan anak Hospital Tengku Ampuan Afzan dibina tahun ini –  Khairy

ISMAIL SABRI Yaakob (empat dari kiri) menyempurnakan Majlis Perasmian Hospital Bera di Bera, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Pembinaan blok Wanita dan Kanak-kanak, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan,  dekat sini merupakan salah satu projek berskala besar di negeri ini yang akan memulakan fasa pembinaan penghujung tahun ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, projek itu bakal dibina di atas tapak seluas 12.52 hektar dengan kapasiti 376 buah katil.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 232 buah katil untuk wad pediatrik manakala 144 buah katil untuk obstetrik serta ginekologi.

“Projek yang dijangka siap pada tahun 2026 ini yang akan memberi manfaat kepada 564,000 orang penduduk di Bandar Kuantan dan kawasan sekitarnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hospital Bera di sini hari ini.

Khairy berkata, terdapat beberapa lagi fasiliti Kementerian Kesihatan baharu yang dijangka siap pada tahun ini iaitu klinik kesihatan berserta kuarters di Bandar Raub dan Bangunan Hemodialisis yang sedang dinaiktaraf di Hospital Raub.

Katanya, kedua-dua fasiliti berkenaan dijangka siap pada September dan November tahun ini. 

Sementara itu, dua lagi Klinik Kesihatan dengan kuarters di Kampung Temai, Pekan dan Kampung Chegar Perah, Kuala Lipis siap dibina sepenuhnya, dan memulakan operasi pada 1 Julai dan 15 Julai lalu. 

Terdahulu, Majlis Perasmian Hospital Bera disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN