PUTRAJAYA: Gerakan Belia 4B Kebangsaan mempersoalkan sikap berdiam diri Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-Komm) dalam isu kontroversi konsert Billie Eilish minggu lalu. Malah, Pemangku Presidennya, Fahami Ashrof Badaruddin kesal apabila Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) ‘membisu’ dalam isu itu. Katanya, langkah ‘senyap’ agensi di bawah kementerian tersebut amat mengecewakan pelbagai pihak yang tertanya-tanya kenapa konsert penyanyi pro-Israel dan LGBT itu boleh pula diluluskan. “Sudahlah ia…










