Biar Perdana Menteri tentukan tarikh PRU15 -Mahdzir Khalid - Utusan Malaysia

Biar Perdana Menteri tentukan tarikh PRU15 -Mahdzir Khalid

MAHDZIR Khalid (tiga dari kanan) menyaksikan penyampaian watikah pelantikan JPKK di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Penentuan tarikh sebenar Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tarikh-tarikh penting perjalanan PRU15 yang tular baru-baru ini adalah tidak tepat.

Jelas beliau, ini kerana soal berkaitan tarikh pilihan raya adalah prerogatif Perdana Menteri.

“Tarikh PRU15 serah pada Perdana Menteri, cuma kadang-kadang yang tular ini tidak tepat. Sebab pregoratif pada beliau.

“Sampai masa nanti Perdana Menteri akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Tarikh yang keluar sekarang ini sengaja ditularkan, saja hendak try (cuba),” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Terdahulu, tular tarikh penting PRU15 kononnya pembubaran Parlimen akan berlaku pada 1 September ini sehingga hari mengundi yang ditetapkan pada 8 Oktober.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menganggap tarikh-tarikh itu hanya spekulasi yang timbul apabila penggal pentadbiran kerajaan bakal tamat tahun depan.

Katanya, tiada siapa yang dapat memberikan tarikh sebenar PRU15 melainkan Perdana Menteri. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya