Bantu semarakkan Bulan Kebangsaan - Utusan Malaysia

Bantu semarakkan Bulan Kebangsaan

CHOW KON YEOW ketika merasmikan majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Jalur Gemilang peringkat Pulau Pinang 2022 di Straits Quay, Tanjong Tokong, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Agensi, jabatan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu memainkan peranan membantu menyemarakkan semangat  cintakan negara di dalam diri rakyat selaras dengan Bulan Kebangsaan yang disambut bulan ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, semangat cintakan negara perlu terus disematkan dalam diri rakyat  dan semua pihak perlu mengekalkan kehidupan harmoni, saling mengasihi dan bersatu hati dalam kalangan rakyat meskipun berlainan kaum, agama dan latar belakang.

”Selari dengan semangat cintakan negeri melalui kempen LovePenang yang telah dilancarkan, Bulan Kebangsaan ini merupakan salah satu platform yang amat baik untuk kita merealisasikan misi dan matlamat kempen ini.

”Oleh itu, pengisian dan intipati Bulan Kebangsaan ini perlu disalurkan kepada masyarakat akar umbi dengan kerjasama daripada agensi dan jabatan kerajaan, NGO serta ahli komuniti sepanjang Bulan Kebangsaan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Jalur Gemilang peringkat Pulau Pinang 2022 di Straits Quay, di sini hari ini.

Pada majlis itu, lebih 1,000 Jalur Gemilang diserahkan kepada 53 agensi kerajaan negeri dan Persekutuan untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.

Menurut Kon Yeow, orang ramai di Pulau Pinang juga disarankan menyahut seruan kerajaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga, tertib dan rasa hormat.

”Tidak kira di mana pun kita berada, perasaan bangga dengan kibaran Jalur Gemilang perlu ada dalam diri setiap daripada kita.

”Jalur Gemilang adalah lambang negara yang mampu membangkitkan semangat patriotisme dalam setiap rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, tambah beliau, Bulan Kebangsaan tahun ini juga  istimewa kerana setelah dua tahun tidak dapat meraikannya akibat pandemik Covid-19,i rakyat dapat meraikan hari-hari istimewa itu dengan ‘kebebasan’ yang pernah dirasai dahulu.

”Lembaran baharu ini diharap dapat menyemarakkan semangat rakyat terutama dalam pasca pandemik Covid-19,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya