Amirudin saran bendahari BN nasihat UMNO Selangor

Amirudin saran bendahari BN nasihat UMNO Selangor

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor yang baharu dilantik, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz disaran menasihatkan UMNO termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya belajar melihat angka dengan lebih tepat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Najib dan UMNO Selangor perlu melihat angka lebih tepat untuk membuat perbandingan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan keupayaan Selangor dengan negeri-negeri lain berdasarkan jumlah penduduk dan pendapatan perkapitanya.

Katanya, perbandingan dibuat oleh Ahli Parlimen Pekan itu sebagai tidak adil sedangkan perlu dirujuk melalui jumlah penduduk dan negeri ini menyumbang RM361 bilion pada 2021, tertinggi berbanding negeri lain.

“Mari kita lihat apa yang disumbang kerajaan negeri, pada 2021 kita sumbang RM361 bilion ambil kira KDNK perkapita kira-kira RM55,568, ini kalau di kira perkapita dan perbandingan terhadap Kuala Lumpur RM24,322, tetapi kita lihat sumbangan KDNK sebenar oleh Kuala Lumpur hanyalah RM217 bilion berbanding kita RM361 bilion lebih RM100 bilion perbezaan.

“Kenapa angka nampak lebih besar, kerana jumlah penduduknya yang kecil. Ini mungkin Bendahari BN (Selangor) yang baharu belum mampu menasihatkan bekas Perdana Menteri atas ucapan yang disampaikan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Selangor Pertama (RS1) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu menambah, Selangor juga jauh meninggalkan Pahang dalam sumbangan KDNK yang mana negeri itu cuma mencatatkan sumbangan RM65 bilion sedangkan jumlahnya penduduknya lebih ramai berbanding Kuala Lumpur.

“Pertama, kita lihat jumlah penduduk di Selangor dan di Kuala Lumpur. Dari tahun tahun pada 2008, penduduk kita (Selangor) sekitar 4.5 – 4.8 juta orang, hari ini sudah mencecah hampir 7 juta.

“Pada 2017 angkanya melebihi 6 juta orang. Berbanding dengan Kuala Lumpur, 1.8 juta dan hampir sebahagian atau tidak sampai 50 peratus pun saya berani potong jari 40 peratus kepada kegiatan ekonomi di Kuala Lumpur adalah disumbang oleh orang Selangor yang tinggal di sini.

Terdahulu, Najib Razak dalam hantaran Facebooknya membuat perbandingan pendapatan perkapita KDNK bagi pertumbuhan ekonomi antara negeri-negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur, Labuan, Melaka Pahang dan Perak.

Setiap negeri tersebut dinyatakan pendapatan perkapitanya mencatatkan kenaikan lebih seratus peratus pada 2017 berbanding 10 tahun lalu kecuali Selangor yang merekodkan peningkatan 88.7 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya