Ahmad Zahid dedah 6 parti mahu masuk BN - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid dedah 6 parti mahu masuk BN

AHMAD Zahid Hamidi menerima Resolusi Konvensyen Wanita BN daripada Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad pada Konvensyen Wanita BN, di Pusat Dagangan Dunia, di sini hari ini. -UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan sebanyak enam buah parti sudah memohon masuk Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Pengerusi BN itu berkata, keputusan hanya akan dibuat pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang diadakan malam esok.

“Tetapi, kita tahu bahawa gelombang biru meningkat semula dan semangat BN berada di puncak.

“Kalau kita berada di dalam keadaannya yang tidak kuat, pasti tidak ramai yang mahu masuk BN,” katanya, hari ini.

Beliu berkata demikian ketika merasmikan penutupan Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengesahkan kenyataan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa gabungan itu akan bergerak solo dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, langkah itu bagi memastikan BN kekal dominan jika memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaaan nanti. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya