800,000 rokok putih seludup dirampas

800,000 rokok putih seludup dirampas

KAMARUL ZAMAN MAMAT (tengah) menunjukkan rokok seludup yang dirampas dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Kluang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Sebanyak 800,000 batang rokok putih tanpa cukai dirampas oleh Pasukan Batalion Lima Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam dalam satu serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Paloh pada 25 Julai lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, hasil maklumat awam, seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun berjaya ditahan di tepi jalan di Jalan Kluang-Paloh.

Hasil pemeriksaan ke atas tiga buah kenderaan pelbagai guna (MPV) di lokasi serbuan, 80 bungkusan berwarna coklat ditemukan di dalam setiap kenderaan disyaki rokok tidak bercukai.

“Pemeriksaan yang dilakukan anggota pasukan menemukan sebanyak 4,000 karton rokok dengan anggaran nilai RM400,000 dengan nilai cukai berjumlah RM568,000.

“Nilai keseluruhan rampasan adalah RM1.2 juta termasuk tiga buah MPV, iaitu Toyota Vellfire, Toyota Alphard dan Proton Exora,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) dan Seksyen 35 (1) Akta Kastam 1967, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai rampasan atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) sehingga tidak lebih 20 kali ganda nilai suapan atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Modus operandi kumpulan ini adalah mencari satu lokasi yang sunyi sebagai tempat operasi memunggah rokok berkenaan sebelum dipasarkan ke kedai-kedai runcit di sekitar bandar Kluang dan Paloh.

“PDRM akan terus menjalankan pembenterasan terhadap kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi, minyak masak bersubsidi, arak dan rokok yang boleh menyebabkan kerugian kepada hasil negara,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya