20 nelayan Laos nyaris maut bot terbakar - Utusan Malaysia

20 nelayan Laos nyaris maut bot terbakar

SERAMAI 20 nelayan terselamat apabila bot yang mereka terbakar di perairan Kuala Endau, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Seramai 20 nelayan terselamat apabila bot mereka terbakar di perairan Kuala Endau, Pahang, malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 9.30 malam.

“Zon Maritim Mersing telah menyalurkan maklumat kepada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru mengenai sebuah bot nelayan tempatan telah terbakar di kedudukan 13.7 batu nautika timur laut Kuala Endau, Pahang.

“Kami kemudian mengatur gerak bot ronda kelas Perkasa ke lokasi kejadian dan mendapati kesemua 20 mangsa telah diselamatkan terlebih dahulu oleh bot nelayan tempatan yang berada berhampiran lokasi berkenaan.

“Kesemua 20 mangsa lelaki warganegara Laos yang terselamat tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Kesemua mangsa telah dibawa ke Pos Maritim Teluk Gading untuk diserahkan kepada majikan mereka untuk tindakan selanjutnya. 

Kesemua mangsa mempunyai pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

Berdasarkan siasatan awal, kumpulan nelayan berkenaan memaklumkan kebakaran berpunca di bahagian enjin sebelum merebak ke seluruh bahagian bot. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya