"Salah seorang daripada wanita itu diturunkan di tepi jalan di

2 lelaki menyamar pegawai Imigresen samun, rogol wanita warga Indonesia

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan dua lelaki yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Imigresen Malaysia terbongkar selepas mereka ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun dan rogol dua wanita warga Indonesia di Pandai Indah, Ampang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi itu, dua wanita berusia 27 dan 38 tahun itu dalam perjalanan ke tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pada mulanya, kedua-dua suspek yang menyamar sebagai pegawai imigresen menaiki sebuah kereta jenis Honda City dan menahan mangsa.

Kata beliau, kedua-dua suspek itu kemudiannya berpura-pura mahu membuat pemeriksaan pasport dan permit kerja sebelum meminta kedua-dua wanita itu untuk naik kereta tersebut.

“Kedua-dua wanita itu kemudian dibawa ke kawasan Serdang sebelum suspek mengambil barang kemas dan wang tunai milik mangsa ketika dalam perjalanan.

“Salah seorang daripada wanita itu diturunkan di tepi jalan di kawasan Serdang manakala rakannya dibawa ke sebuah hotel di Balakong dan dirogol di hotel tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, susulan daripada laporan polis, kedua-dua suspek berusia 35 dan 40 tahun berjaya diberkas pada pukul 3 pagi di sebuah rumah di Taman Seri Asahan, Jasin, Melaka.

“Kita turut merampas wang tunai, seutas rantai leher dan rantai tangan, kenderaan serta pakaian yang digunakan oleh suspek semasa kejadian,” ujarnya.

Mohamad Farouk berkata, semakan mendapati suspek berusia 40 tahun mempunyai 18 rekod jenayah dan dadah termasuk tiga rekod dikehendaki bagi kes dadah.

“Suspek berusia 35 tahun pula mempunyai 13 rekod jenayah dan dadah termasuk satu rekod dikehendaki bagi kes dadah.

“Kedua-dua suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN