13 individu terlibat himpunan Mana Kapal LCS akan dipanggil - Utusan Malaysia

13 individu terlibat himpunan Mana Kapal LCS akan dipanggil

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan memanggil 13 individu yang dikenal pasti terlibat dengan perhimpunan Protes Mana Kapal LCS di pusat beli-belah di hadapan Jalan Tuanku Abdul Rahman dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan satu perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang di lokasi itu pada pukul 2 petang tadi.

Katanya, hasil pemerhatian dilakukan mendapati kira-kira 60 individu menyertai protes termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa dan ahli parti politik.

“Mereka juga dilihat memegang beberapa plakad dan kain rentang bertulis ‘keselamatan negara terancam kesiagaan TLDM terjejas’; ‘H20 letak jawatan’; ‘siasat di mana kapal!’; ‘mana kapal LCS’ dan lain-lain.

“Susulan itu, satu kertas siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 turut dibuka. Kita telah mengenal pasti 13 individu yang terbabit dalam perhimpunan itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan dalam masa terdekat untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dengan apa-apa kesalahan yang melanggar undang-undang dan tindakan tegas akan diambil di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan hampir 100 individu menyertai perhimpunan Protes Mana Kapal LCS? yang berlangsung selama satu jam 30 minit.

Antara individu yang hadir adalah Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; Naib Ketua Pemuda Amanah Abas Azmi; Ketua Pemuda DAP Howard Lee Chuan; Setiausaha Agung Muda Amir Hadi serta aktivis, Siti Kassim.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.