YPNM gesa diskaun tol lebuh raya 20 ke 30 peratus sempena Aidiladha - Utusan Malaysia

YPNM gesa diskaun tol lebuh raya 20 ke 30 peratus sempena Aidiladha

MOHD. FIRDAUS ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Syarikat konsesi lebuh raya digesa memberikan diskaun tol antara 20 ke 30 peratus kepada semua pengguna jalan raya sempena perayaan Hari Raya Aidiladha, Ahad ini. 

Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) meminta diskaun itu bermula Sabtu dan berakhir Isnin atau Selasa. 

Presiden YPNM, Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, diskaun berkenaan sebagai membalas budi pengguna setia lebuh raya terutama setiap kali menjelang musim perayaan. 

“Jadi, kita gesa syarikat konsesi lebuh raya melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada rakyat dengan memberikan diskaun tol sempena Aidiladha kali ini. 

“Diharapkan, pemberian diskaun itu biarlah ikhlas dan benar-benar ingin membantu rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Firdaus berkata, diskaun itu tidak akan merugikan syarikat konsesi lebuh raya yang selama ini telah mengaut keuntungan ratusan juta ringgit. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN