KOTA BHARU: Semua premis perniagaan seperti pasar raya, restoran makanan segera dan kedai serbaneka di negeri ini menutup operasi sempena Hari Raya Aidiladha semalam. Ia selaras peraturan pihak berkuasa negeri tentang penutupan operasi pada hari raya pertama untuk membolehkan pekerja muslim menyambut Aidiladha. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati semua premis perniagaan yang disenaraikan itu patuh peraturan tersebut. Seorang penduduk, Mohd. Fareeq Hakim, 25, berkata, kebanyakan rakyat di negeri ini maklum dengan…










